Sunday, 27 September 2015

Kesalahan muslimah bila berniqab


Assalamualaikum....

Tanpa ragui, amalan memakai niqab adalah salah satu Sunnah isteri Rasulullah SAW. Bagi siapa yang memakai niqab dengan niat yang betul sudah tentu diberikan pahala sebab mengagungkan syiar Islam. Sebab orang yang bukan Islam boleh berminat untuk mempelajari Islam. Orang yang tidak bertudung akan berazam untuk berhijrah. Tetapi ketahuilah, Ada segelintir di dalam masyarakat kite yang berniqab tetapi salah. Malah, ada yang membuat dosa bile berniqab. Semoga Allah memberi kite fahaman dalam agamaNya yang suci ini. 

Niat yang salah  

Ada yang berniqab tetapi niatnya bukan kerana Allah semata tetapi kerana lain. Lagi lagi dari kalangan niqabi yang mengunakkan sosial media sebagai medium dakwah. Sebab ada yang berniqab tetapi dengan niat hendak mencari publisiti dan populariti semata. Nauzubillah. Dia mengunakan gambar dia berniqab sebagai display picture supaya dapat mendapat ramai followers. Walau bagaimana pun, ini cuma segelintir kerana tidak semua yang begitu. Hukumnya boleh jatuh haram kerana mempermainkan syiar Islam.  

Berniqab tetapi menggoda 

Ada juga yang sengaja mencantikkan matanya dengan menggunakan eye liner, mascara, eye shadow dan sebagainya. Niat sedemekian supaya dapat menarik perhatian orang, lagi-lagi perhatian lelaki. Ada yang membuat sedemekian lalu upload di Facebook, twitter supaya dapat pujian orang. Jujur kata, seorang muslimah yang membuat sedemekian dapat menggoda kaum Adam. Malah, dapat mengoncang iman mereka. Jangan terperanjat jika seorang niqabi juga boleh menggoda lelaki. Jadi apa tujuan berniqab?  

Niqab on off 

Ada juga yang berniqab tetapi tidak beristiqamah. Kata orang putih on/off. Sekejap berniqab, sekejap berhijab. Walaupun dia masih berhijab tetapi jika dia buka niqab tanpa alasan sudah tentu dia sudah mempermainkan niqab itu. Seperti Ustaz Azhar Idrus kata, dia sudah mempermainkan niqab itu melainkan dia terpaksa membuka niqab kerana kerja atau alasan yang lain.  

Tidak mahu dipandang tetapi nak dipandang 

Ini juga adalah salah satu kesalahan yang  selalu dilakukan oleh muslimah yang berniqab. Tujuan asal berniqab adalah untuk supaya tidak dipandang ajnabi dan perhiasannya hanya buat yang halal sahaja.  Sebaik-baik wanita adalah wanita yang tidak dipandang ajnabi maupun yang memandang ajnabi. Tetapi ada yang berniqab supaya dapat menarik perhatian orang. Suka bila dipandang orang. Dan apabila dipandang lelaki yang soleh, hatinya berharap sekali lelaki itu suka dia. Memang ini sangat salah sekali. 

Riak, sum'ah dan ujub 

Syaitan tidak pernah menyerah diri dalam menyesatkan anak Adam. Seperti mana iblis telah janji kepada Allah untuk sesatkan manusia. Oleh itu, seorang yang berniqab sudah tentu lagi berat ujian nya. Syaitan itu akan datang menghasut dia dengan cari yang lain, iatu meletakkan sifat-sifat yang munkar iatu riak, ujub, sum'ah dan penyakit hati yang lain.  Riak itu apabila dia berniqab untuk tunjukkan dirinya mulia dari yang lain. Dia mahukan dipandang sebagai muslimah yang bertakwa. 

Maka sifat yang tunjuk-tunjuk ini lari dari niat yang sebenar iatu kerana Allah ta'ala.  Sum'ah apabila dia berniqab semata-mata hendak mendengar pujian orang. Ia lebih teruk dari riak. Dia harapkan sekali untuk orang memuji dia dengan berkata seperti "dia itu berniqab tau. Dia mmg perempuan yang baik." Apabila orang puji, maka hatinya berasa suka. Sifat macam ini juga boleh membuat seorang hamba untuk memasuk neraka. Takabur dan ujub adalah penyakit hari yang paling teruk. Ia adalah salah satu sifat iblis. Seorang yang takabur tidak akan masuk syurga walaupun sekecil zarah di dalam hatinya. Ini sangat bahaya, apabila dia rasa dia yang paling mulia. 

Lagi lagi apabila seorang yang berniqab itu apabila melihat wanita yang tidak menutup aurat lalu terdetik dalam hatinya kata kata seperti  "aku lebih baik dari kau. Kau ni mmg neraka." Dia mengganggap orang yang seksi itu adalah ahli neraka dan dia adalah ahli syurga.Maka wanita yang niqab itu yang akan masuk neraka. Nauzubillah. Perasaan ini memang selalu timbul di dalam hati apabila hendak melalukan kebaikan. Penyakit ini memang dari syaitan Maka banyakkan istighfar untuk mengusir syaitan itu. InshaAllah semoga Allah selamatkan kita dari sifat itu. 

Berniqab tetapi tidak berakhlak 

Sebaik-baik mukmin adalah akhlak yang baik. Akhlak yang baik adalah termasuk ibadah batin. Apabila dia berniqab sudah tentu orang akan pandangnya berilmu dan beriman. Tetapi jika niqabi tidak menjaga akhlaknya dan perlakuannya maka sudah tentu orang akan tidak suka. Ini sering berlaku di sosial media, apabila ada yang berniqab tetapi kata-kata yang kesat, tidak menjaga akhlak. Apabila ditegur, dia berasa marah dengan teguran orang itu.  Semoga Allah selamatkan kita dari dosa yang tidak kita sedari. Semoga Allah berikan kita fahaman dalam agamaNya supaya terselamat dari lubang jahilyyah. Ameen ya rabbal alamin

- posted by Serban Putih

Kata-Kata Hikmah Imam As Syafi'i RH



Kata-Kata Hikmah Imam As Syafi'i RH

1)      "Barangsiapa mengaku dapat menggabungkan dua cinta dalam hatinya,cinta dunia sekaligus cinta Allah, maka dia telah berdusta"  — Imam As-Syafie

2)      "Jika Ada seorang yang ingin menjual dunia ini kepada ku dengan nilai harga sekeping roti, nescaya aku tidak akan membelinya." (Imam Syafi'e)

3)      "Bila kamu tak tahan penatnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan." (Imam Syafie)


4)      Berapa ramai manusia yang masih hidup dalam kelalaian, sedangkan kain kapannya sedang di tenun. (Imam As-Syafii)

5)      Orang yang berilmu dan beradab, tidak akan diam di kampung halaman, tinggalkan negerimu, merantaulah ke negeri orang.  (Imam Syafii)

6)      Aku tidak pernah berdialog dengan seseorang dengan tujuan aku lebih senang jika ia berpendapat salah. (Imam SyafiĆ­)
7)      Jangan cintakan orang yang tidak cintakan Allah. Kalau dia boleh meninggalkan Allah, apalagi meninggalkan kamu - (Imam Syafie)

8)      Barang siapa yang menginginkan Husnul Khotimah, hendaklah ia selalu bersangka baik dengan Manusia. (Imam As-Syafie)

9)      "Pentingnya menyebarkan ilmu agama. (Imam syafie) Ilmu itu seperti air. Jika ia tidak bergerak ، Menjadi mati lalu membusuk." (Imam syafie)

10)   "Doa di saat tahajud adalah umpama panah yang tepat mengenai sasaran."- (Imam syafie)

11)   "Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah." (Imam as Syafie)

12)   Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia. (Imam syafie)

13)   Ilmu itu bukan yang dihafal tetapi yang memberi manfaat.” (Imam syafie)

14)   Seorang sufi tidak menjadi sufi hingga ada pada dirinya 4 perkara, malas, suka makan, suka tidur dan berlebih-lebihan (Imam syafie) 

15)   Sesiapa yang menasihatimu sembunyi-sembunyi maka ia benar-benar menasihatimu. Sesiapa yang menasihatimu dikhalayak ramai,ia sebenarnya menghinamu'' (Imam syafie)



16)   Empat (4) perkara menguatkan badan  (Imam syafie);
                                 i.            makan daging
                               ii.            memakai haruman
                              iii.            kerap mandi
                             iv.            berpakaian dari kapas

17)   Empat (4) perkara menajamkan mata  (Imam syafie);
                                 i.            duduk mengadap kiblat
                               ii.            bercelak sebelum tidur
                              iii.            memandang yang hijau
                             iv.            berpakaian bersih

18)   "Dosa-dosa ku kelihatan terlalu besar buatku, tapi setelah kubandingkan dgn keampunanMu, ternyata keampunanMu jauh lebih besar." - (Imam syafie)

19)   "Bumi Allah amatlah luas namun suatu saat apabila takdir sudah datang angkasapun menjadi sempit" - (Imam syafie)

20)   Jadikan akhirat di hatimu, dunia di tanganmu, dan kematian di pelupuk matamu.   (Imam syafie)

21)   Sebesar-besar aib (keburukan) adalah kamu mengira keburukan org lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam diri kamu sendiri - Imam Syafi'e

22)   Aku mampu berhujah dgn 10 orang berilmu, tapi aku akan kalah pada seorang yg jahil kerana mereka tak tahu akan landasan ilmu. - Imam Syafie 

23)   "Andaikan kekurangan diri dijadikan alasan untuk tidak berdakwah, nescaya tiadanya dakwah yang akan berjalan dimuka bumi ini.."- Imam Syafie

24)   “Semakin banyak ilmuku, semakinku insafi diri, bahawa terlalu banyak yang aku tidak ketahui "  - Imam As-Syafie

25)   Hati yang dicemari dengan dosa tidak akan dapat menyimpan ilmu yang bermanfaat. -Imam Al-Syafie

26)   Setiap kali ilmu aku bertambah banyak, maka aku bertambah tahu bahawa akulah orang yang jahil. -Imam Syafie

27)   Orang yang membuat kesalahan dan berdusta untuk menutupnya bererti membuat dua kesalahan -Imam As Syafie

28)   "Sebelum tidur solat Isya' dan banyakkan istighfar, sebab kita tak tahu mati itu “- (Imam Syafi'e)

29)   "Apabila ajal datang padamu maka tidak sejengkal bumi dan tidak pula sebidang langit yang dapat melindungimu" - Imam As-Syafie

30)   Jangan kau berjalan di atas bumi dengan sombong dan bongkak. Kerana sebentar lagi kau akan masuk ke dalam bumi yang kau pijak. (Imam Syafie)

31)   Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman. -Imam As Syafie

32)   Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi, kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera -Imam As Syafie

33)   "Di antara tanda-tanda benar dalam ukhuwah ialah menerima kritikan teman, menutupi aib teman dan mengampuni kesalahannya." - (Imam syafie)

34)   "Janganlah kamu melihat akan kejahilan seseorang itu kerana sesungguhnya kejahilan itu ada pada dirimu sendiri. - (Imam syafie)

35)   "Barangsiapa mempersenda, mempermain, menafikan sunnah Rasulullah dan ayat Kitabullah, maka dia kafir serta-merta" - (Imam syafie)

36)   Jangan kalian sentuh seseorang wanita walaupun hatinya. - (Imam syafie)

37)   Sesuatu yang benar Tetapi Bahaya iaitu pujian manusia. Ramai yang rosak akibat terlalu hanyut dengan pujian - (Imam syafie)

38)   Ilmu itu adalah Cahaya dan Cahaya itu tidak akan menyimbah di Hati orang-orang yang melakukan Maksiat. - (Imam Syafi'e)

39)   Setiap manusia adalah dalam keadaan mati kecuali mereka yang mempunyai ilmu. Dan setiap yg mempunyai ilmu adalah dalam keadaan tidur, melainkan mereka yang mengamal kebaikan. Dan setiap yang mengamal kebaikan adalah dalam keadaan tertipu, kecuali yang ikhlas. Dan mereka yang ikhlas sering dalam keadaan risau (ditakuti jika amalannya tidak diterima) - (Imam Syafi'e)