Wednesday, 7 October 2015

Pengertian Maal Hijrah yang Sebenar

Maal Hijrah bukanlah hanya membawa makna sambutan tahun baru walaupun rata-rata itulah yang difahami ramai dari kita. Malah lebih ramai dari kita juga sebenarnya tak sedarpun akan kemunculan tahun baru hijrah kerana minda muslim kita yang telah dikorupkan oleh ‘software’ yang meminggirkan kalendar Hijrah. Jika ada yang tersedarpun adalah kerana cuti umum yang diberikan. Lalu Maal Hijrah adalah nama atau tajuk yang tiada makna untuk direnungkan, jauh sekali untuk dihayati dan ianya berlalu tanpa kita sedari.

Hijrah adalah titik penting bagi syiar Islam. Jika tiada peristiwa hijrah Rasulullah S.A.W yang Allah perintahkan kepada baginda, cerita-cerita selepasnya pasti berbeza. Jika tiada usaha, ikhtiar dan kesungguhan baginda melaksanakan perintah Hijrah tersebut, cerita-cerita selepasnya mungkin tak bermula dan sejarah akan pasti tiada. Malahan islam tidak akan tercorak seperti sekarang.

Jika kalendar Hijrah adalah bersandarkan peristiwa hijrah Rasulullah S.A.W, dan peristiwa itu adalah perintah Allah S.W.T buat Rasul dan Rasul harus melaksanakannya. Maka erti Maal Hijrah haruslah dilihat sebagai suatu arahan atau perintah Allah juga. Demi melihat sebuah transformasi berlaku, Allah S.W.T telah memerintahkan baginda Rasullullah S.A.W dan seluruh umat Islam yang masih berada di bumi Mekah supaya meninggalkan tempat itu dan menuju ke kota Madinah. Ini adalah satu transformasi yang memerlukan pengorbanan dan perjuangan yang besar dan dari detik ini juga kaum Muhajirin dan kaum Ansar bersatu dibawah satu agama iaitu Islam.

Jika tahun Masihi disambut dengan azam tahun baru yang membawa kepada perubahan diri kita, sama juga dengan tahun Hijrah. Kita sebagai umat-NYA harus berazam ke arah perubahan ummah dan diri sendiri agar Islam menjadi agama terulung dan dihormati.Begitulah maksud tersirat dalam sambutan Maal Hijrah atau juga disebut Awal Muharram yang jarang diketahui oleh umat islam.

Di kesempatan ini saya mengucapkan Salam Maal Hijrah 1437H kepada seluruh Muslimin dan Muslimat. Semoga ketibaan tahun baru ini akan menjadikan kita Ummah yang dapat mentransformasikan minda dan pemikiran kita untuk maju seiring dengan perkembangan dunia sains dan teknologi, dan seterusnya membawa syiar Islam ketahap tertinggi.  

PERISTIWA PENTING DALAM MUHARAM

1) 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru                              Islam (Kalendar Hijriah).
2) 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang                                mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi                                            menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

1) Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2) Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3) Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam         bulan.
4) Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5) Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6) Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7) Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8) Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9) Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40             malam.
10) Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11) Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12) Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13) Hari pertama Allah menciptakan alam.
14) Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15) Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16) Allah menjadikan 'Arasy.
17) Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18) Allah menjadikan alam.
19) Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20) Nabi Isa diangkat ke langit.

Saturday, 3 October 2015

Tanda-tanda Kiamat Kecil, Pertengahan, dan Besar Berdasarkan Hadits-Hadits Rasulullah S.A.W.

A. Tanda-tanda Kecil (‘Alamah Sughra)

1. Diutusnya Rasulullah S.A.W. [1]
2. Terbelahnya bulan sebagai Mukjizat Rasulullah S.A.W. [2]
3. Wafatnya Rasulullah S.A.W. [3]
4. Penaklukan Baitul Maqdis. [4]
5. Merebaknya penyakit yang berbahaya. [5]
6. Terbunuhnya Umar bin Khattab R.A. [6]
7. Terbunuhnya Utsman bin ‘Affan R.A. [7]
8. Peristiwa Perang Jamal. [8]
9. Peristiwa Perang Shiffin. [9]
10. Fitnah Khawarij dan Perang Nahrawan. [10]
11. Penyerahan kekuasaan dari tangan Hasan bin Ali bin Abi Thalib R.A.huma kepada    Mu’awiyah Bin Abi Sufyan R.A. [11]
12. Fitnah Tatar dan serangan Turki. [12]
13. Munculnya para Dajjal yang mengaku nabi. [13]
14. Penaklukan Madain, Ibu Kota Persia. [14]
15. Situasi di jalan-jalan [15] kelihatan aman. [16]
16. Harta melimpah ruah. [17]
17. Terhapusnya jizyah dan pajak. [18]
18. Api yang keluar dari Hijaz sehingga menerangi leher-leher unta di Busra. [19]
19. Bencana Al-Khasaf [20], Al-Qadzaf [21] dan Al-Maskh [22] menjelang kiamat. [23]
20. Runtuhnya Kekaisaran Persia dan Romawi. [24]
21. Sampainya agama sebagaimana sampainya malam dan siang, serta penaklukan Roma. [25]

B. Tanda-Tanda Kiamat Pertengahan (‘Alamah Wustha)

1)    Tanda-Tanda Yang Sudah Muncul Namun Sebagiannya Akan Terulang Kembali

1. Datangnya berbagai fitnah [26]
2. Meluasnya perdagangan, salam hanya kepada yang dikenali dan putusnya silaturrahim [27]
3. Hamba sahaya wanita melahirkan tuannya [28]
4. Konspirasi bangsa-bangsa terhadap umat Islam [29]

2) Tanda-Tanda Yang Akan Muncul Pada Zaman Kita dan Kebanyakan Peristiwanya Kita Alami

1. Wanita-wanita yang berpakaian tapi telanjang [30]
2. Menghiasi masjid dan berbangga-bangga dengannya [31]
3. Berlumba-loumba meninggikan bangunan [32]
4. Harta melimpah ruah [33]
5. Memakan harta riba [34]
6. Amanah disia-siakan [35]
7. Meniru perilaku orang-orang kafir [36]
8. Dihalalkannya sutera, khamar dan zina [37]
9. Tersebarnya buku, tulisan dan pena [38]
10. Mati tiba-tiba [39]
11. Pasar-pasar (pusat perdagangan dan perbelanjaan) berdekatan [40]
12. Para orang tua menyerupai pemuda [41]
13. Banyaknya pembohongan dan kesaksian palsu [42]
14. Kebenaran mimpi orang mukmin [43]

3)   Tanda-Tanda Yang Akan Muncul Pada Masa Yang Akan Datang dan Diantaranya Sangat Hampir Dengan Tanda-Tanda Kubra

1. Orang yang berpegang pada agama bagaikan memegang bara api [44]
2. Berlakunya permusuhan dalam hati [45]
3. Jazirah Arab penuh dengan taman-taman dan sungai-sungai [46]
4. Ilmu digunakan untuk mencari harta dan Al-Quran digunakan untuk perdagangan [47]
5. Munculnya kebodohan manusia dan saling menolak menjadi imam shalat [48]
6. Munculnya pemimpin-pemimpin bodoh [49]
7. Munculnya polisi-polisi akhir zaman yang kejam dengan manusia [50]
8. Turunnya cobaan dan siksaan berat dari penguasa zalim [51]
9. Seseorang berangan-angan untuk mati [52]
10. Petang beriman, pagi menjadi kafir kembali [53]
11. Sungai Eufrat kering dan menyingkap gunung emas atau timbunan emas [54]
12. Luka’ bin Luka’ [55] menjadi manusia paling bahagia [56]
13. Fitnah dahsyat yang membinasakan bangsa Arab [57]
14. Sujud sekali kepada Allah lebih baik daripada dunia dan seisinya [58]
15. Munculnya seorang lelaki dari Qahthan [59] yang dipatuhi manusia[60]
16. Muncul berbagai fitnah: Ahlas, [61] Sarra’, [62] Makar, [63] dan Duhaima’ [64]
17. Bumi mengeluarkan kekayaannya yang terpendam [65]
18. Kaum muslimin akan memerangi Yahudi dan mengalahkan mereka [66]
19. Jumlah wanita lebih banyak daripada jumlah laki-laki [67]
20. Merebaknya zina dan perbuatan keji [68]
21. Banyak kematian, gempa dan hujan [69]
22. Binatang buas dan benda mati dapat berbicara [70]
23. Ditenggelamkannya pasukan yang hendak menyerang Madinah [71]
24. Bulan kelihatan membesar [72]

C. Tanda-Tanda Kiamat Besar (‘Alamah Kubra)

1. Munculnya Al-Mahdi dan kekhalifahannya [73]
2. Al-Malhamah Al-Kubra (Perang Dunia Ke-3/ Armageddon) dan penaklukan Konstantinopel (Istanbul) [74]         
3. Keluarnya Al-Masih Ad-Dajjal [75]
4. Turunnya Nabi Isa bin Maryam A.S. [76]
5. Keluarnya Yakjuj dan Makjuj [77]
6. Munculnya asap (Ad-Dukhan) [78]
7. Terbitnya matahari dari sebelah barat [79]
8. Keluarnya haiwan melata yang dapat berbicara[80]
9. Islam menjadi asing dan Mushaf Al-Quran diangkat oleh Allah S.W.T [81]
10. Penghancuran Ka’bah [82]
11. Terjadinya tiga gerhana matahari, di timur, barat dan Jazirah Arab [83]
12. Hembusan angin lembut yang mencabut roh orang-orang mukmin [84]
13. Keluarnya api dari Pusat Kota Adn yang menggiring manusia menuju bumi mahsyar di Negeri Syam [85]
# RUJUKAN #

[1] (HR. Al-Bukhari, Muslim dan At-Tirmidzi, Jamiul Ushul: X/384), HR. Ahmad dalam Musnadnya dan Al-Hakim dalam Al-Kunya) dan (HR. At-Tirmidzi).

[2] (HR. Muslim dalam Shahihnya no. 2800), (HR. Muslim dalam Shahihnya no. 2822) dan (HR. Muslim no. 2801).

[3] (HR. Al-Bukhari no. 7927 dalam Shahihnya dan dalam Jami’ul Ushul: X/412).

[4] (HR. Al-Bukhari no. 7927 dalam Shahihnya dan dalam Jami’ul Ushul: X/412).

[5] (HR. Al-Bukhari no. 7927 dalam Shahihnya dan dalam Jami’ul Ushul: X/412) dan (HR. Ahmad).

[6] (HR. Al-Bukhari dalam Shahihnya).

[7] (HR. Al-Hakim) dan (HR. Al-Hakim dan beliau menshahihkannya, serta Al-Baihaqi).

[8] (HR. Al-Hakim dan beliau menshahihkannya), (HR. Ahmad dan Al-Hakim) dan (HR. Al-Bazzar dan Ibnu Abi Syaibah dengan sanad rijalnya yang tsiqah).

[9] (HR. Al-Bukhari no. 2498) dan (HR. Muslim, Mukhtasar Muslim (2006) “Ammar dibunuh oleh kelompok pemberontak).”

[10] (HR. Abu Daud, Ibnu Majah, dalam Mustadrak Al-Hakim dan dalam Musnad Imam Ahmad (Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir no. 213) dan (HR. Al-Bukhari dan Muslim).

[11] (HR. Ahmad bin Hanbal dalam Musnadnya no. 20552) dan (HR. Ibnu Abi Syaibah).

[12] (HR. Imam Yang Enam, kecuali An-Nasa’i) dan (HR. Al-Bukhari dalam Shahihnya).

[13] (HR. Muslim dalam Kitab Al-Fitan, Mukhtasar Muslim no. 2023), (HR. Abu Daud, At-Tirmidzi dan Ibnu Hibban), (HR. Ahmad dan At-Thabrani) dan (HR. At-Thabrani no. 1999 dan dalam Silsilah Al-Ahadis Ash-Shahihah no. 69).

[14] (HR. Adi bin Hatim RA).

[15] Dalam Hadits Riwayat Ahmad disebutkan perjalanan dari Hijaz ke Iraq, dalam riwayat yang lain perjalanan antara Iraq dan Mekah.

[16] (HR. Ahmad dalam Musnadnya)

[17] (HR. Al-Bukhari dalam Kitab Al-Fitan, Mukhtasar Al-Bukhari no. 2198) dan (HR. Muslim, Mukhtasar Muslim no. 2036).

[18] (Shahih Muslim no. 2896).

[19] (HR. Muslim no. 2011).

[20] Al-Khasaf bermaksud Allah SWT membenamkan permukaan bumi sehingga masuk sampai kedalamannya, dan tidak ada yang mengetahui jauhnya selain Allah SWT.

[21] Al-Qadzaf bermaksud bumi akan menyemburkan segala sesuatu yang melelehkan dari dalamnya, baik berupa lahar, larva, api dan sebagainya.

[22] Al-Maskh bermaksud Allah SWT akan mengubah suatu kaum atau sekelompok orang yang menghalalkan apa yang diharamkan Allah SWT menjadi sesuatu yang dikehendaki-Nya seperti monyet, babi dan sebagainya.

[23] (HR. Ibnu Majah dalam Sunan-nya), (HR. At-Tirmidzi dalam Sunan-nya), (HR. At-Tirmidzi dan beliau berkata: “Hadits Shahih,” Al-Jami’ Ash-Shaghir no. 4119) dan (Jami’ Al-Ushul: X-411 (7926) dan tambahannya ada dalam Al-Jami’ Ash-Shaghir yang diriwayatkan oleh At-Tirmidzi).

[24] (HR. Al-Bukhari no. 3618) dan (Shahih Muslim no. 2869).

[25] (HR. Ibnu Hibban dalam Shahihnya dan dikeluarkan pula oleh Al-Bani dalam Silsilah Al-Ahadits Ash-Shahihah) dan (HR. Ahmad, Ad-Darami dan Al-Hakim).

[26] (HR. Ibnu Majah no. 3963), (HR. At-Tirmidzi dalam Sunannya no. 2205, dan beliau berkata: “hasan shahih),” (HR. Ibnu Hibban dalam Shahihnya no. 6706), (HR. Ibnu Majah no. 4039), (HR. Ahmad, Silsilah Al-Ahadits Ash-Shahihah, Al-Albani: IV/2231), (HR. Muslim, Mukhtasar Muslim no. 1989), (HR. Muslim dalam Kitab Al-Fitan, Bab Nuzul Al-Fitnah Nahwasy Syarqi, Mukhtasar Muslim no 1997) dan (HR. Al-Bukhari dan Muslim, Misykah Al-Mashabih: 111/21).

[27] (HR. Ahmad, Silsilah Ahadits Ash-Shahihah no. 6872), dan (HR. Imam Ahmad dalam Musnadnya no. 6872).

[28] (HR. Al-Bukhari no. 1 dan Muslim no. 1907) dan (Hadits yang dikeluarkan oleh Imam Ahmad dalam Musnadnya: 318-319).

[29] (HR. Abu daud, Ibnu Asakir, Ahmad dalam Musnad-nya, Abu Nu’aim dalam Al-Hilyah, serta disebutkan Al-Albani dalam Silsilah Al-Ahadits Ash-Shahihah: II/684 (958) dan (HR. Muslim dalam Shahihnya no. 2289).

[30] (Shahih Muslim no. 2128).

[31] (HR. Abu Daud, Ahmad dalam Musnadnya, Ad-Darimi, dan telah diriwayatkan dalam Shahih Al-Jami’: 5771) dan (Tartib Ahadits Al-Jami’ Ash-Shaghir dan penambahannya: I/234 (1), bab Bina’ Al-Masjid).

[32] (dikeluarkan Imam Ahmad dalam Musnad-nya: 318-319, dan disebutkan pula oleh Al-Albani dalam Silsilah Ahadits Ash-Shahihah: 1345).

[33] (HR. Al-Bukhari dalam Shahihnya, kitab Al-Jihad).

[34] (HR. Al-Hakim dalam Mustadraknya. Hadits ini shahih menurut syarat Al-Bukhari dan Muslim, Al-Mustadrak: 11/11).

[35] (Silsilah Ahadits Ash-Shahihah: IV/9 (1505).

[36] (HR. Al-Bukhari, Mukhtasar Al-Bukhari no. 2216) dan (HR. Imam Ahmad dalam Musnadnya no. 8791).

[37] (HR. At-Tirmidzi, Jami’ Al-Wustha no. 7456), (HR. At-Tirmidzi dalam Sunannya no. 2217) dan (HR. Ibnu Majah no. 3386).

[38] (HR. Imam Ahmad no. 3870). Pena bermaksud tersebarnya ilmu pengetahuan seperti banyaknya buku-buku, karya-karya ilmiah, fotokopi, media masa, elektronik, internet dan sebagainya.

[39] (HR. At-Thabrani, Shahih Al-Jami’ no. 5775).

[40] (HR. Imam Ahmad dalam Musnad-nya, Majma’ Az-Zawaid: VII)

[41] (HR. Ahmad dalam Musnad-nya no. 247, beliau berkata: “Hadits Shahih),” dan (HR. Muslim, Mukhtasar Muslim hlm. 360, no. 1347).

[42] (HR. Muslim dan Ahmad), (HR. Muslim, Mukhtasar Muslim no. 2024), (HR. Imam Ahmad dalam Musnad-nya no. 3870).

[43] (HR. Al-Bukhari, Muslim, Ahmad, At-Tirmidzi, dan Abu Dawud. No. Hadits pada riwayat Muslim ialah 1519, dalam Mukhtasarnya), (HR. Muslim, Mukhtasar Muslim no. 152), dan (HR. Al-Bukhari, Mukhtasar Al-Bukhari no. 2178).

[44] (HR. At-Tirmidzi, beliau berkata: “Hadits Hasan Gharib).”

[45] (HR. Imam Ahmad dalam Musnad-nya: V/389).

[46] (HR. Imam Ahmad dalam Musnad-nya no. 8819).

[47] (HR. Ad-Dailami).

[48] (HR. Al-Hakim dalam Al-Mustadrak, dan beliau berkata: “Shahih atas syarat Syaikhani”: IV/442) dan (HR. Abu Dawud, Jami’ Al-Ushul no. 7908).

[49] (HR. Al-hakim dalam Al-Mustadrak: IV/424, beliau berkata: Hadits yang isnadnya shahih).”

[50] (Silsilah Al-Ahadits Ash-Shahihah, Al-Albani no. 1893), (HR. Imam Ahmad dalam Musnad-nya no. 8059) dan (Shahih Muslim no. 2128).

[51] (HR. Al-Hakim, dan ini ialah hadits yang shahih isnadnya atas syarat Syaikhani, Al-Mustadrak: IV/465).

[52] (HR. Syaikhani, Al-Lu’lu’ Wal-Marjan: V/235).

[53] (HR. At-Tirmidzi, dan beliau berkata: “Hadits Hasan Shahih).”

[54] (HR. Al-Bukhari dan Muslim, Al-Lu’lu’ Wal-marjan Fima Ittafaqa  ‘Alaihi Asy-Syaikani), (HR. Imam Ahmad dalam Musnad-nya no. 9356). (HR. Imam Ahmad dalam Musnad-nya no. 8048) dan (Shahih Muslim no. 2295).

[55] Luka’ bin Luka’ adalah kinayah (kata kiasan) bagi seorang yang buruk nasabnya, kedudukannya, akhlaknya dan agamanya (sampah masyarakat).

[56] (HR. At-Tirmidzi, Shahih al-Jami’ Ash-Shaghir, As-Suyuthi no. 7308, dan beliau berkata: “Hasan Shahih).”

[57] (HR. Al-Bukhari dan At-Tirmidzi. Dikeluarkan pula oleh Ahmad dalam Musnad-nya no. 6980), dan (HR. Ahmad dalam Musnad-nya no. 6964, juga diriwayatkan oleh Al-Hakim dan beliau berkata: “Shahih atas syarat Muslim).”

[58] (Mawariduzh-Zham’an bi Zawaid Ibnu Hibban no. 1888, dan diriwayatkan dengan sanad shahih sebagaimana perkataan Al-Haitsami).

[59] Akan berlaku jika berlaku perubahan zaman, sebagaimana Al-Bukhari menyebutkan hadits tersebut dalam bab Berubahnya Zaman.

[60] (HR. Syaikhani, dan Ahmad dalam Musnad-nya no. 9395).

[61] Rasulullah SAW menjelaskan bahwa Ahlas ialah fitnah dimana manusia bercerai-berai dan perampasan harta. Ahlas ialah bentuk jamak dari hilsun, yang berarti pelana kuda yang senantiasa berada di punggung kuda. Ahlas diibaratkan sebagai fitnah yang berterusan sebagaimana pelana kuda senantiasa berada di punggung kuda.

[62] Sarra’ ialah petaka kesenangan

[63] Seseorang yang mengaku sebagai ahli bait akan dibaiat, padahal orang tersebut adalah ahli maksiat.

[64] (HR. Abu Dawud, Al-hakim, Imam Ahmad dalam Musnadnya, dan disebutkan pula oleh Al-Albani dalam Silsilah Al-Ahadits Ash-Shahihah). Duhaima’ ialah fitnah yang akan menyerang seluruh umat manusia secara tiba-tiba dengan kejahatannya, apinya, dan bencananya.

[65] (HR. Muslim no. 1012).

[66] (QS. Al-Israa’ 17: 7), (HR. Al-Bukhari dan Muslim, jami’ Al-Ushul no. 7876), dan (HR. Al-Bukhari, Muslim, At-Tirmidzi dan beliau berkata: “Hadits Hasan Shahih).”

[67]  (HR. Al-Bukhari, bab Ma Ja’a fi Raf’il Ilmi wa Zhuhur Al-Jahli, Mukhtasar Al_bukhari no. 71, diriwayatkan juga oleh At-Tirmidzi no. 2301).

[68] (HR. Al-Hakim dalam Al-Mustadrak dan beliau berkata: “Hadits Shahih Isnadnya”: IV/495), (HR. At-Thabrani dan Al-Hakim) dan (HR. Al-Baihaqi, Ad-Daruquthni, dan Ibnu Hajar).

[69] (HR Al-Hakim dalam Al-Mustadrak no. 444) dan (HR. Imam Ahmad dalam Musnad-nya no. 7554).

[70] (HR. Ahmad, Ibnu Hibban, Al-Hakim, At-Tirmidzi, dan beliau berkata: “Hadits Hasan Shahih,” Tuhfatul Ahwadzi no. 2272).

[71] (HR. Muslim dalam kitab Al-Fitan, bab Fi Khasafi bil Jaisyil-ladzi Yaummal Baita, Mukhtasar Muslim, hlm. 538, no. 2030).

[72] (Disebutkan oleh As-Suyuthi dalam Al-Jami’ Ash-Shaghir: V/214 (5775), dan disebutkan pula oleh Al-Qurthubi dalam At-Tadzkirah, hlm. 648).

[73]  (HR. At-Tirmidzi dan Abu Dawud), (HR. Abu Dawud dalm Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir,VI/70, hadits no. 5180, Al-Albani mengatakan hadits ini shahih: IV/165), (HR. Abu Dawud dan Ibnu Majah dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir: VI/22, Al-Albani mengatakan bahawa hadits ini shahih), (HR. Al-Hakim dalam Al-Mustadrak dan dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir: VI/22, Al-Albani mengatakan bahawa hadits ini shahih), (HR. Muslim, Mukhtasar Muslim, no. 2036), (HR. Ahmad dan Ibnu Majah dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir: VI/22,Al-Albani mengatakan bahawa hadits ini shahih), (HR. Al-Hakim dalam Al-Mustadrak, Hadits ini shahih sesuai dengan syarat Al-Bukhari, Shahih Muslim: IV/502), (HR. Ibnu Majah dalam Sunan Ibnu Majah, kitab Al-Fitan, bab Keluarnya Dajjal), (HR. Imam Ahmad, Ibnu Hibban, Al-Hakim, Al-Bazzar, Ibnu Adi dan Nu’aim), 9HR. Al-Bukhari dalam Mukhtsar Al-Bukhari, hlm. 324, no. 1440) dan (HR. Muslim di dalam Shahihnya, hlm. 75, no. 247).

[74] (HR. Muslim dalam Shahih Muslim, IV/2221, hadits no. 2897), (HR. Muslim dan Ahmad), (HR. Muslim dalam Shahih Muslim, IV/2223, hadits no. 2899), (HR. Muslim dalamShahih Muslim, IV/2238, no hadits 2920), (HR. Abu Dawud dalam Mukhtasar Sunan Abu Dawud, hadits no. 1426), (HR. Abu Dawud dalam Mukhtasar Sunan Abu Dawud, hadits no. 4130), (HR. Abu Dawud dalam Mukhtasar Sunan Abu Dawud, hadits no. 4128) dan (HR. As-Sayuthi dalam Kitab Jami’ Al-Kabir dengan matan yang panjang).

[75] (HR. Muslim dalam Mukhtasar Muslim, no. 2058), (HR. Al-Bukhari dalam Silsilah Al-ahadit Ash-Shahihah, Syeikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani, no. 1836), (HR. At-Tirmidzi dan beliau menshahihkannya), (HR. Al-Bukhari dalam Fath Al-Bahri, 90/13), HR. Ahmad di dalam Musnadnya dan Abu Dawud dalam Sunannya. HAdits tersebut juga disebutkan di dalam Al-Jami’ Adh-Shaghir, no. 2455). dan banyak lagi hadits shahih yang menjelaskan tentang kemunculannya.

[76] (QS. Ali ‘Imran {4}: 55), (QS. Az-Zukhruf {43}: 61), (QS. An-Nisaa’ {4}: 159), (HR. Muslim), (HR. Al-Bukhari dalam Al-Mukhtasar Al-Bukhari, no. 1440), (HR. Muslim dalam Mukhtasar Muslim, no. 2061) dan banyak lagi hadits shahih yang menerangkannya.

[77] (QS. Al-Anbiyaa’ {21}: 96-97), HR. Al-Bukhari dalm Mukhtasar Al-Bukhari, no. 1405), (Tafsir Ibnu Katsir, Surah Al-Kahfi), (HR. Ahmad dalam Musnad Imam Ahmad: V/271), (HR. Muslim dalam Shahih Muslim: IV/2254, no. 2937) dan banyak lagi hadits shahih yang menerangkannya.

[78]  (QS. Ad-Dukhan {44}: 10), (HR. Muslim {4/2225}, no. 2900) dan (HR. Ath-Thabrani dan Ibnu Jarir dengan isnad yang baik).

[79] (HR. Muslim {4/2225}, no. 2900), (HR. Al-Bukhari, Muslim dan Ahmad Fath Al-Barri, XI/352, Shahih Muslim no. 157, Musnad Ahmad: 11/312) dan banyak lagi Hadits Shahih yang menerangkannya.

[80] (QS. An-Naml {27}: 82), (HR. Ahmad dalam Musnad Ahmad, 11/201)

[81] (HR. Ibnu Majah dalam Sunan Ibnu Majah, no. 4049), (HR. Ibnu Majah dan Al-Hakim dalam Silsilah Al-Ahadit Ash-Shahihah, no. 2949), (HR. Ad-Dailami dalam Sunan Ad-Dailami, no. 8848) dan (HR. Ad-Dailami dalam Sunan Ad-Dailami, no. 7713).

[82] (HR. Al-Bukhari dan Muslim dalam Shahih Al-Bukhari no. 1596 dan Shahih Muslim no. 2909), (HR. Ahmad dalam Musnad Ahmad no. 2/220), (HR. Al-Bukhari dalam Shahih Al-Bukhari no. 1595) dan (HR. Al-Hakim dalam Al-Mustadrak, 4/453 dan beliau mengatakan bahwa hadits ini shahih sesuai syarat Syaikhani).

[83] (HR. Muslim dalam Shahih Muslim, kitab Al-Fitan, hadits no. 2901), (HR. At-Tirmidzi dalam Jami’ Al-Ushul, hadits no. 7933) dan (HR. Ath-Thabrani dalam Al-Ausath Majma’ Az-Zawaid: 8/11).

[84] (HR. Muslimdalam Shahih Muslim no. 2949), (HR. Muslimdalam Shahih Muslim no. 7915, (HR. Muslimdalam Shahih Muslim no. 2937), dan (HR. Al-Bukhari dalam An-Nihayah,Ibnu Katsir: 1/186).

[85] (HR. Muslim dalam Shahih Muslim, kitab Al-Fitan, {4/2225), hadits no. 2900 dan 2901).

(Dipetik dari: Kitab "Asyrath As-Sa'ah, Al-'Alamah Ash-Sughra, Wal-Wustha, Wal-Kubra." Karangan Mahir Ahmad As-Sufi).

Tips Hafazan Al-Quran



Sebelum menghafal

1. Mempunyai azam dan minat untuk menghafal
2. Memilih waktu yang sesuai untuk menghafal.
3. Memilih tempat yang sesuai untuk menghafal.
4. Berada dalam keadaan tenang.
5. Kosongkan fikiran sebelum menghafal.
6. Pilih sebuah jenis mashaf dan jangan ubah dengan jenis mashaf lain.
7. Beristighfar, membaca selawat dan doa sebelum mula menghafal.
8. Membaca ayat 164 surah Al-Baqarah sebelum mula menghafal.

Teknik Menghafal

A. Teknik "Chunking"
1. Memisah-misahkan sepotong ayat yang panjang kepada beberapa bahagian yang sesuai mengikut arahan guru.
2. Memisah-misahkan selembar mukasurat kepada beberapa bahagian (2 atau 3 bahagian) yang sesuai.
3. Memisah-misahkan surah kepada beberapa bahagian, contohnya mengikut pertukaran cerita.
4. Memisah-misahkan juz kepada beberapa bahagian mengikut surah, hizib, rubu', cerita dan sebagainya.
5. Memisah-misahkan Al-Qur'an kepada kelompok surah, setiap 10 juz dan sebagainya.

B. Teknik Mengulang
1. Membaca sepotong atau sebahagian ayat sekurang-kurangnya lima kali sebelum mula menghafalnya.
2. Membaca ayat yang telah dihafal berulang-ulang kali (10 atau lebih) sebelum berpindah ke ayat seterusnya.
3. Selepas menghafal setiap setengah mukasurat, harus diulang beberapa kali sebelum diteruskan bahagian yang kedua.
4. Selepas menghafal satu mukasurat diulang beberapa kali sebelum diteruskan ke muka surat seterusnya.
5. Sebelum menghafal bahagian Al-Qur'an seterusnya, harus diulang bahagian yang sebelumnya.

C. Teknik Tumpu dan Ingat
1. Menumpukan penglihatan kepada ayat, mukasurat dan lebaran.
2. Pejamkan mata dan cuba melihatnya dengan minda.
3. Sekiranya masih lagi kabur, buka mati dan tumpukan kembali kepada mashaf.
4. Ulanglah sehingga dapat melihat ayat atau mukasurat tersebut dengan mata tertutup.

D. Teknik Menghafal Dengan Seorang Teman
1. Pilih seorang teman yang sama minat.
2. Orang yang pertama membaca dengan disemak oleh orang yang kedua.
3. Orang yang kedua membaca dengan disemak oleh orang yang pertama.
4. Saling menebuk ayat antara satu sama lain.


E. Teknik Mendengar Kaset
1. Pilih seorang qari' yang baik bagi seluruh Al-Qur'an atau beberapa qari' bagi surah-surah tertentu. 
2. Sebelum mula menghafal, dengar bacaan ayat-ayat yang ingin dihafal beberapa kali. 
3. Amati cara, lagu dan tempat berhenti bacaan qari' tersebut sehingga terpahat di fikiran. 
4. Mula menghafal ayat-ayat tersebut dengan cara dan gaya qari' tersebut. 
5. Sentiasa mendengar kaset bacaan Al-Qur'an dan kurangkan atau tinggalkan pendengaran lagu kerana ia akan mengganggu penghafalan.

F. Teknik Merakamkan Suara
1. Rakamkan bacaan kita di dalam kaset dan dengar semula untuk memastikan bacaan dan hafalan yang betul. 
2. Bagi kanak-kanak, rakamkan bacaan ibu-bapa atau guru kemudian diikuti oleh bacaan kanak-kanak tersebut. Minta kanak-kanak tersebut mendengar kembali rakaman tersebut beberapa kali hingga menghafalnya. 

G. Teknik Menulis
1. Tulis kembali mukasurat yang telah dihafal. 
2. Kemudian semak semula dengan mashaf. 
3. Menulis setiap ayat pertama awal mukasurat, atau setiap rubu', atau setiap juz, atau setiap surah dalam satu helai kertas. 

H. Teknik "Pointers" dan "Keyword"
1. Buat beberapa kotak. 
2. Setiap kotak merupakan satu mukasurat. 
3. Catit dalam kotak tersebut beberapa perkataan yang menjadi keyword bagi mukasurat tersebut. 
4. Merenung dan membayangkan kotak tersebut dalam ingatan. 

I. Teknik Menghafal Sebelum Tidur
1. Membaca atau menghafal beberapa potong ayat sebelum tidur. 
2. Semasa melelapkan mata, dengar kaset bacaan ayat-ayat tersebut dan bayangkan posisi-nya di minda kita. 
3. Dengar kembali dari awal surah, juz atau hizib, atau mana-mana yang sesuai sehingga ayat yang telah dihafal. Cuba bayangkan ayat-ayat yang didengar dari kaset di minda kita. 

J. Teknik "Mindmaping"
1. Bagi setiap Juz, buat 8 cabang, setiap cabang satu rubu'. Tulis ayat pertama rubu' tersebut dicabangnya. 
2. Bagi setiap surah, buat cabang bagi setiap pertukaran cerita atau rubu'. 
3. Bagi setiap 10 juz, buat cabang bagi setiap juz, dan cabang yang lebih kecil bagi rubu'. 


Mengekalkan Hafalan


1. Jauhi maksiat mata, maksiat telinga dan maksiat hati.
2. Banyak berdoa, terutama waktu mustajab doa seperti ketika berbuka puasa, ketika belayar, selepas azan dan lain-lain lagi.
3. Kerjakan solat hajat kepada Allah.
4. Kerjakan solat Taqwiyatul hifz.
5. Menetapkan kadar bacaan setiap hari, contohnya, selembar, setengah juz, 1 juz dan sebagainya.
6. Membaca pada waktu pagi dan mengulangnya pada waktu malam.
7. Jangan membaca ketika sedang bosan, marah atau ngantuk.

8. Menulis setiap ayat yang mutashabih. 


Sunday, 27 September 2015

Kesalahan muslimah bila berniqab


Assalamualaikum....

Tanpa ragui, amalan memakai niqab adalah salah satu Sunnah isteri Rasulullah SAW. Bagi siapa yang memakai niqab dengan niat yang betul sudah tentu diberikan pahala sebab mengagungkan syiar Islam. Sebab orang yang bukan Islam boleh berminat untuk mempelajari Islam. Orang yang tidak bertudung akan berazam untuk berhijrah. Tetapi ketahuilah, Ada segelintir di dalam masyarakat kite yang berniqab tetapi salah. Malah, ada yang membuat dosa bile berniqab. Semoga Allah memberi kite fahaman dalam agamaNya yang suci ini. 

Niat yang salah  

Ada yang berniqab tetapi niatnya bukan kerana Allah semata tetapi kerana lain. Lagi lagi dari kalangan niqabi yang mengunakkan sosial media sebagai medium dakwah. Sebab ada yang berniqab tetapi dengan niat hendak mencari publisiti dan populariti semata. Nauzubillah. Dia mengunakan gambar dia berniqab sebagai display picture supaya dapat mendapat ramai followers. Walau bagaimana pun, ini cuma segelintir kerana tidak semua yang begitu. Hukumnya boleh jatuh haram kerana mempermainkan syiar Islam.  

Berniqab tetapi menggoda 

Ada juga yang sengaja mencantikkan matanya dengan menggunakan eye liner, mascara, eye shadow dan sebagainya. Niat sedemekian supaya dapat menarik perhatian orang, lagi-lagi perhatian lelaki. Ada yang membuat sedemekian lalu upload di Facebook, twitter supaya dapat pujian orang. Jujur kata, seorang muslimah yang membuat sedemekian dapat menggoda kaum Adam. Malah, dapat mengoncang iman mereka. Jangan terperanjat jika seorang niqabi juga boleh menggoda lelaki. Jadi apa tujuan berniqab?  

Niqab on off 

Ada juga yang berniqab tetapi tidak beristiqamah. Kata orang putih on/off. Sekejap berniqab, sekejap berhijab. Walaupun dia masih berhijab tetapi jika dia buka niqab tanpa alasan sudah tentu dia sudah mempermainkan niqab itu. Seperti Ustaz Azhar Idrus kata, dia sudah mempermainkan niqab itu melainkan dia terpaksa membuka niqab kerana kerja atau alasan yang lain.  

Tidak mahu dipandang tetapi nak dipandang 

Ini juga adalah salah satu kesalahan yang  selalu dilakukan oleh muslimah yang berniqab. Tujuan asal berniqab adalah untuk supaya tidak dipandang ajnabi dan perhiasannya hanya buat yang halal sahaja.  Sebaik-baik wanita adalah wanita yang tidak dipandang ajnabi maupun yang memandang ajnabi. Tetapi ada yang berniqab supaya dapat menarik perhatian orang. Suka bila dipandang orang. Dan apabila dipandang lelaki yang soleh, hatinya berharap sekali lelaki itu suka dia. Memang ini sangat salah sekali. 

Riak, sum'ah dan ujub 

Syaitan tidak pernah menyerah diri dalam menyesatkan anak Adam. Seperti mana iblis telah janji kepada Allah untuk sesatkan manusia. Oleh itu, seorang yang berniqab sudah tentu lagi berat ujian nya. Syaitan itu akan datang menghasut dia dengan cari yang lain, iatu meletakkan sifat-sifat yang munkar iatu riak, ujub, sum'ah dan penyakit hati yang lain.  Riak itu apabila dia berniqab untuk tunjukkan dirinya mulia dari yang lain. Dia mahukan dipandang sebagai muslimah yang bertakwa. 

Maka sifat yang tunjuk-tunjuk ini lari dari niat yang sebenar iatu kerana Allah ta'ala.  Sum'ah apabila dia berniqab semata-mata hendak mendengar pujian orang. Ia lebih teruk dari riak. Dia harapkan sekali untuk orang memuji dia dengan berkata seperti "dia itu berniqab tau. Dia mmg perempuan yang baik." Apabila orang puji, maka hatinya berasa suka. Sifat macam ini juga boleh membuat seorang hamba untuk memasuk neraka. Takabur dan ujub adalah penyakit hari yang paling teruk. Ia adalah salah satu sifat iblis. Seorang yang takabur tidak akan masuk syurga walaupun sekecil zarah di dalam hatinya. Ini sangat bahaya, apabila dia rasa dia yang paling mulia. 

Lagi lagi apabila seorang yang berniqab itu apabila melihat wanita yang tidak menutup aurat lalu terdetik dalam hatinya kata kata seperti  "aku lebih baik dari kau. Kau ni mmg neraka." Dia mengganggap orang yang seksi itu adalah ahli neraka dan dia adalah ahli syurga.Maka wanita yang niqab itu yang akan masuk neraka. Nauzubillah. Perasaan ini memang selalu timbul di dalam hati apabila hendak melalukan kebaikan. Penyakit ini memang dari syaitan Maka banyakkan istighfar untuk mengusir syaitan itu. InshaAllah semoga Allah selamatkan kita dari sifat itu. 

Berniqab tetapi tidak berakhlak 

Sebaik-baik mukmin adalah akhlak yang baik. Akhlak yang baik adalah termasuk ibadah batin. Apabila dia berniqab sudah tentu orang akan pandangnya berilmu dan beriman. Tetapi jika niqabi tidak menjaga akhlaknya dan perlakuannya maka sudah tentu orang akan tidak suka. Ini sering berlaku di sosial media, apabila ada yang berniqab tetapi kata-kata yang kesat, tidak menjaga akhlak. Apabila ditegur, dia berasa marah dengan teguran orang itu.  Semoga Allah selamatkan kita dari dosa yang tidak kita sedari. Semoga Allah berikan kita fahaman dalam agamaNya supaya terselamat dari lubang jahilyyah. Ameen ya rabbal alamin

- posted by Serban Putih